Penyelarasan bantuan Ampang diperkemas, Azman mahu pastikan kebajikan rakyat terbela

LocalPolitics
6 Aug 2026 • 12:04 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penyelarasan bantuan Ampang diperkemas, Azman mahu pastikan kebajikan rakyat terbela
Azman

KUALA LUMPUR - Penyelaras Parlimen Ampang yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin memberi komitmen untuk memastikan penyampaian bantuan dan kebajikan kepada penduduk di kawasan itu dilaksanakan secara lebih tersusun, cekap dan berkesan.

Beliau berkata, usaha berkenaan akan diselaraskan bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta agensi kerajaan berkaitan bagi memastikan setiap inisiatif kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat dengan berkesan.

Azman berkata demikian susulan amanah yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepadanya untuk berkhidmat sebagai Penyelaras Parlimen Ampang.

"Sebarang permohonan bantuan berkaitan kebajikan rakyat di Parlimen Ampang boleh dikemukakan terus kepada Pejabat Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri bagi tujuan penyelarasan sewajarnya," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Rabu.

Beliau berkata, penyampaian bantuan itu turut akan diselaraskan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam kawasan Parlimen Ampang, pemimpin masyarakat serta pihak berkaitan bagi memastikan kebajikan penduduk terus diberi perhatian.

Azman berkata, beliau bersama pasukannya komited melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, profesionalisme dan integriti bagi memastikan kebajikan rakyat di Parlimen Ampang terus menjadi keutamaan. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved