Penyelarasan Pakaian Seragam Sekolah Masih Diteliti, Tiada Perubahan Sesi Persekolahan 2026

LocalFamily & Parenting
2 Jan 2026 • 10:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penyelarasan Pakaian Seragam Sekolah Masih Diteliti, Tiada Perubahan Sesi Persekolahan 2026

PUTRAJAYA — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) penyelarasan pakaian seragam sekolah masih berada di peringkat kajian dan tiada perubahan terhadap pakaian seragam murid bagi sesi persekolahan 2026.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, keputusan akhir berhubung perkara itu hanya akan dibuat selepas penelitian rapi semua aspek berkaitan untuk pelaksanaan pada sesi persekolahan 2027.

“Justeru tiada perubahan terhadap pakaian seragam murid bagi sesi persekolahan pada tahun ini.

“KPM memberi jaminan sebarang keputusan mengenainya akan dimaklumkan lebih awal kepada ibu bapa dan semua pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata cadangan penyelarasan pakaian seragam sekolah itu bertujuan untuk mewujudkan kebersamaan dan semangat perpaduan dalam kalangan murid.

Ia termasuk dapat menangani isu beban kewangan persediaan persekolahan yang dihadapi ibu bapa.

https://web.facebook.com/BernamaTV/posts/pfbid0i2wkX8zkJD1wiziwuXTbo45t7L2BERRZRPgUrXjt6MHvo9rvdMFhMuhKqS2aoKbfl

Sumber: Bernama TV