Penyelia bengkel bebas dakwaan edar dadah 213.74 gram

29 Oct 2026 • 2:32 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penyelia bengkel bebas dakwaan edar dadah 213.74 gram

JOHOR BAHRU: Seorang penyelia bengkel dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini atas dakwaan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 213.74 gram, enam tahun lalu.

Hakim, Kan Weng Hin membuat keputusan itu terhadap Cheng Wen Pin, 43, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya mematahkan anggapan statutori, sekali gus menyebabkan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap tertuduh melampaui keraguan munasabah.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan mengemukakan tujuh saksi manakala pihak pembelaan memanggil tiga saksi termasuk tertuduh sendiri.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu ditangkap pada 31 Oktober 2020 sebelum didakwa di mahkamah pada 10 November tahun sama.

Mengikut kertas pertuduhan, Wen Pin didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 213.74 gram di sebuah rumah di Jalan Rumbia 68, Taman Daya, di sini kira-kira pukul 2 pagi pada 31 Oktober 2020.

Atas dakwaan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Dalam prosiding berkenaan, pendakwaan turut membangkitkan isu pembukaan peti besi menggunakan cap jari. Bagaimanapun, pihak pembelaan mempertikai perkara itu dengan menyatakan ia tidak munasabah.

Hakim kemudian memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap Wen Pin melampaui keraguan munasabah, sekali gus membebaskannya daripada pertuduhan tersebut.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Umar Faiz Abdul Kohar manakala tertuduh diwakili peguam Matthews Jude dan Muhammad Farhan Ahmad Fadzil.-UTUSAN

The post Penyelia bengkel bebas dakwaan edar dadah 213.74 gram appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved