Penyelia penyelenggaraan rugi lebih RM140,000 terperdaya skim pelaburan saham dalam talian

LocalBusiness & Finance
24 Oct 2024 • 8:01 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Seorang penyelia penyelenggaraan di sebuah syarikat swasta mengalami kerugian sebanyak RM149,291 setelah mendakwa terperdaya oleh skim pelaburan saham dalam talian pada Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata lelaki berusia 64 tahun itu ditipu oleh skim saham yang dikenali sebagai “Q-She,“ yang menawarkan pulangan segera sebanyak 15 peratus daripada modal yang dilaburkan.

Beliau berkata mangsa yang tertarik dengan keuntungan ditawarkan telah melakukan 10 transaksi pembayaran ke enam akaun bank berbeza berjumlah RM149,291 menggunakan wang simpanannya, bermula 27 Ogos hingga 14 Okt lepas.

“Keesokan harinya (15 Okt), mangsa cuba menuntut keuntungan seperti dijanjikan, namun suspek memberikan pelbagai alasan, malah dia diarahkan untuk membuat lagi bayaran tambahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Namun, beliau berkata mangsa menyedari dia ditipu sebelum dia bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, semalam.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan siasatan juga meliputi penglibatan keldai akaun sekiranya ada, dan tindakan akan dikenakan terhadap pemilik akaun terlibat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved