
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yakin Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membawa kestabilan politik kepada negara dan Sabah, khususnya.
“Ini adalah sesuatu yang istimewa untuk menyatukan rakyat Malaysia. Kita di Sabah amat memerlukan suasana seperti ini kerana ia boleh memberi harapan yang sangat baik kepada Sabah terutamanya dari segi ekonomi dan pembangunan memandangkan Sabah merupakan sebuah negeri yang agak besar.
“Ini adalah matlamat kami. Saya yakin Kerajaan Perpaduan akan menjadi kerajaan yang kuat dan kerajaan yang diharapkan oleh rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya pada 16 Dis.
Abang Johari berkata gabungannya mengutamakan kerajaan persekutuan yang stabil bagi membawa pertumbuhan ekonomi kukuh, atas sebab itu ia menandatangani memorandum persefahaman melibatkan parti-parti dalam kerajaan perpaduan.
“Kami percaya (Anwar) untuk meneruskan agenda pembangunan kami...” katanya.
Selain Hajiji, Pengerusi dan Setiausaha Agung lima gabungan itu menyaksikan majlis berkenaan iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Openg dan Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Masidi Manjun, yang juga Setiausaha Agung GRS turut menandatangani.
GRS adalah salah satu daripada lima gabungan utama yang menyokong Kerajaan Perpaduan.
Yang lain ialah Pakatan Harapan (PH), BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Warisan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
