Penyerang Poland, Milik terlepas Euro 2024

Football
8 Jun 2024 • 11:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Arkadiusz Milik

PASUKAN Poland terpaksa beraksi di Euro 2024 tanpa penyerang bintang mereka, Arkadiusz Milik, yang disahkan terlepas kejohanan itu selepas mengalami kecederaan lutut semasa perlawanan persediaan menentang Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Poland mencatat kemenangan 3-1 ke atas Ukraine, namun penyerang Juventus itu cedera di awal perlawanan persahabatan dan terpaksa digantikan selepas empat minit.

"Milik tidak akan ke Euro," jurulatih kebangsaan Poland, Michal Probierz mengesahkan perkara itu semasa sidang media selepas perlawanan.

Milik, 30, pernah bermain dalam Bundesliga untuk Bayer Leverkusen dan FC Augsburg sebelum berpindah ke Ajax Amsterdam.

Selepas beraksi di Napoli dan Marseille, beliau telah bermain untuk Juventus sejak 2022.

Milik dianggap sebagai pilihan untuk berganding dengan penyerang Barcelona, Robert Lewandowski, dalam serangan.

Poland akan memulakan kempen Euro mereka pada 16 Jun menentang Belanda sebelum menghadapi Austria dan Perancis dalam peringkat kumpulan.

Mereka akan bermain perlawanan persediaan terakhir menentang Türkiye pada 10 Jun.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved