Penyertaan Toyota Eco Youth 2025 Kini Dibuka, Hadiah Wang Tunai Berjumlah RM77K

LocalEnvironment
26 Mar 2025 • 2:50 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan bahawa penyertaan Projek Toyota Eco Youth (TEY) 2025 kini telah dibuka. Acara ini yang diadakan setiap tahun memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia untuk membangunkan serta mempamerkan penyelesaian inovatif dalam menangani isu alam sekitar.

Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat, program ini dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Matlamatnya adalah untuk melahirkan generasi muda yang prihatin terhadap kelestarian alam sekitar serta mampu menjadi pencetus perubahan positif.

Penyertaan 30 Sekolah

image is not available

Menariknya, TEY 2025 bakal menyaksikan peningkatan jumlah sekolah terlibat iaitu kepada 30 buah, pertama kali dalam sejarah 24 tahun penganjurannya, dua kali ganda lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini. Setiap sekolah akan menerima geran sebanyak RM3,000 bagi memulakan projek kelestarian masing-masing, menjadikan jumlah keseluruhan dana permulaan yang disalurkan UMWT mencecah RM90,000.

image is not available

Teras kepada projek TEY ialah bimbingan berdasarkan "Metodologi Penyelesaian Masalah 8 Langkah Toyota"

Selain bantuan kewangan untuk projek, para peserta turut berpeluang bersaing bagi mendapatkan hadiah wang tunai berjumlah RM77,000 untuk pelbagai kategori termasuk tiga pemenang utama:

Juara – RM30,000Naib Juara – RM20,000Tempat Ketiga – RM10,000

Serta hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 (setiap satu) turut diberikan untuk kemenangan bagi subkategori yang berikut:

Kempen Media Sosial TerbaikPembentangan TerbaikPameran Terbaik

Hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 juga diberikan untuk Guru Penasihat Terbaik.

Mencorak Masa Depan yang Lebih Lestari

image is not available

Menurut Presiden UMWT, Datuk Ravindran K, peningkatan jumlah penyertaan dan dana yang disalurkan ini membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk mencipta penyelesaian yang mampu membantu Malaysia ke arah masa depan lebih hijau.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2021, TEY telah memberi peluang kepada hampir 600 sekolah dan lebih 300,000 pelajar untuk merasai pengalaman pembelajaran secara langsung dalam menangani isu kelestarian sebenar seperti pengurusan sisa, pemuliharaan air, serta penggunaan tenaga boleh diperbaharui.