“Penyewa dari neraka” – LZS Kesal Penyewa Asnaf Tinggalkan Rumah Sewa Rosak & Kotor

Entertainment
3 Jan 2023 • 2:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagai melepaskan anjing tersepit, itulah peribahasa yang sesuai digambarkan bagi situasi yang dihadapi oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) baru-baru ini.

Tular beberapa gambar di Facebook yang dikongsikan dalam group ‘I Love Tanjong Karang’ memaparkan keadaan sebuah rumah dalam keadaan yang sangat teruk dengan kerosakkan pada dinding serta diselubungi sampah-sarap yang bertimbun.

Menerusi Facebook, LZS telah mengeluarkan sebuah kenyataan yang memberitahu pihak mereka amat kesal dengan perkara itu dan meminta agar pemilik rumah berkenaan agar membuat aduan rasmi ke LZS bagi menghentikan bantuan sewa rumah tersebut memandangkan penyewa tidak lagi menetap di situ.

MAKLUM BALAS LZS BERKENAAN RUMAH SEWA ASNAFSHAH ALAM, 2 Januari 2023 – Berikut merupakan maklum balas Lembaga Zakat…

Posted by Lembaga Zakat Selangor on Monday, January 2, 2023

LZS juga ingin mengingatkan semua asnaf yang menerima bantuan ini untuk amanah dan bertanggungjawab menjaga rumah sewa diduduki.

Tindakan menganiaya pemilik rumah sewa ini akan menyebabkan asnaf lain sukar untuk menyewa pada masa hadapan,” tulisnya.

Selain itu, LZS turut memberitahu, lebih 16,000 keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf di Selangor menerima bantuan sewa rumah dari LZS.

Bantuan berbentuk bulanan ini disalurkan terus ke akaun pemilik rumah sewa bagi menyantuni keperluan asas keluarga asnaf di Selangor.

Harap tak jadi lagilah benda macam ni, kesian tuan rumah…

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.