“Penyewa dari neraka” – [VIDEO] Tuan Rumah Bengang, Bilik Sewa Ditinggalkan Macam Tongkang Pecah

Entertainment
8 Jun 2023 • 3:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menjadi tuan rumah kepada penyewa pastinya akan berdepan dengan pelbagai dugaan, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kondisi sesebuah rumah itu.

Terbaru, sebuah video tular di TikTok yang memaparkan luahan seorang tuan rumah apabila bilik yang disewanya dalam keadaan yang begitu teruk.

Perkongsian @nooraticanordin itu membuatkan ramai yang turut mual dan pelik bagaimana penyewa itu boleh tinggal dalam keadaan yang sebegitu rupa, difahamkan bilik yang disewakan itu terletak di Johor Bahru.

Kelihatan dalam video itu sampah seperti botol air dan kertas-kertas dibiarkan bergelimpangan sehingga membuatkan tuan rumah itu sukar untuk berjalan.

Malah, pendingin hawa yang ada di bilik berkenaan turut berada dalam keadaan yang sangat kotor dan tidak dijaga dengan baik.

“Saya tengok pun tak sanggup”

Perkongsian videonya itu membuatkan ramai netizen jijik dan menjengah ke ruangan komen ada juga tuan rumah lain yang ditimpa nasib hampir sama.

Malah, ada juga netizen yang menyarankan tuan rumah itu untuk melakukan perjanjian agar perkara sebegini tidak berlaku lagi.

image is not available

Huish, macam mana lah dia boleh tinggal macam tu…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.