Penyokong bola sepak bergaduh, enam ditahan

LocalFootball
22 Jul 2025 • 9:20 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

KOTA BELUD: Polis menahan enam individu susulan insiden pergaduhan ketika perlawanan bola sepak yang tular di Padang Dudan, Kampung Piasau, di sini, Ahad lalu.

Suspek lelaki berusia 24 hingga 42 tahun itu ditahan polis kira-kira jam 12.10 tengah malam Isnin bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Supt Shahrudin Mat Husain berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit pada jam 4.30 petang Ahad.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Hasil siasatan awal, pihak polis mendapati pergaduhan berlaku ketika perlawanan sukan bola sepak di padang berkenaan berlangsung, membabitkan penyokong kedua-dua pasukan.

“Enam lelaki dewasa ditahan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta mengganggu ketenteraman awam,” katanya selepas dihubungi, Isnin.

Menurut Shahrudin, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang spekulasi bagi mengelakkan siasatan diganggu.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Christina Edris pada talian 014-3574148,” katanya.

Terdahulu, tular dua klip video berdurasi 49 saat dan 19 saat di WhatsApp dan Facebook memaparkan pergaduhan lebih 10 individu, dipercayai pemain dan penyokong bola sepak, yang dikatakan berlaku di padang Dudan, Kampung Piasau.