Penyokong bola sepak bergaduh: Lapan individu dibebas dengan jaminan polis

LocalPolitics
26 Dec 2024 • 8:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar menunjukkan kumpulan penyokong bola sepak bergaduh di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan. Foto Media sosial (Gambar kecil: Rusdi)

KUALA LUMPUR - Seramai lapan individu yang diberkas susulan insiden pergaduhan melibatkan kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, Jumaat lalu, telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis setelah tempoh reman tamat.

"Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, namun masih ada perkara yang perlu dilengkapkan sebelum keputusan lanjut dibuat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan suasana di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan digemparkan dengan insiden pergaduhan melibatkan dua kumpulan penyokong bola sepak, Jumaat lalu.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu bagaimanapun dileraikan anggota polis bantuan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang bertugas.

Insiden itu mengakibatkan kerosakan pada kemudahan di stesen serta bahagian pintu dan cermin tingkap tren yang berada di platform.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved