“Penyokong Kuat Aliff, Dalam Susah Dan Senang” – Hantaran Ibu Aliff Di Instagram Aziz Curi Tumpuan Ramai

Entertainment
14 Sep 2026 • 4:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Ibu bapa serta adik-beradik kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz hadir memberikan sokongan terhadap pementasan teater muzikal lakonannya, Mansur & Liu.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, ibunya, Siti Hafizah memuat naik foto bersama dua anak perempuannya, Aisyah Aziz dan Ain Aziz di hadapan poster teater berkenaan.

Advertisement

ibu aliff aziz

Siti Hafizah turut menyifatkan keluarganya sebagai antara insan yang sentiasa berada di sisi Aliff dalam susah dan senang.

“Bersama mereka, MasyaAllah.

“Penyokong kuat Aliff, dalam susah dan senang.”

Selepas persembahan, Siti Hafizah turut berkongsi foto mereka menikmati makan malam bersama Aliff di sebuah restoran.

View this post on Instagram

“MasyaAllah, my heart and soul. Alhamdulillah.”

Untuk rekod, Mansur & Liu diarahkan oleh maestro muzik, Datuk M. Nasir dan turut menampilkan barisan pelakon seperti Melinda Dadew, Amerul Affendi, Arena Wan, Brian Chan, Fadhli Masoot, Taqim Zaki, Sherry Alhadad, Hazama dan Ruzana Ibrahim.

Teater muzikal berkenaan dipentaskan dari 10 hingga 20 September 2026 di Panggung Sari, Istana Budaya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

juliana evans2026-09-14 15:50:32

"Tak Beriya Pun, 'Simple' Je" - Juliana Evans Umum Jantina Anak Ketiga, Cara Sederhana Cuma Potong Kek Raih Perhatian

The post “Penyokong Kuat Aliff, Dalam Susah Dan Senang” – Hantaran Ibu Aliff Di Instagram Aziz Curi Tumpuan Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved