Penyokong Najib Berkumpul Di Istana Negara, Sebabkan Kesesakan Trafik

LocalPolitics
24 Aug 2022 • 4:28 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Penyokong Datuk Seri Najib Razak berkumpul dekat Istana Negara di Kuala Lumpur hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

KUALA LUMPUR - Kira-kira 150 penyokong mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkumpul di Pintu 3 Istana Negara di sini.

Difahamkan mereka berada di sana untuk merayu kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya memperkenan pengampunan diraja kepada mantan presiden UMNO itu.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd semalam.

Lebih mengecewakan tindakan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Sri Hartamas 1, di sini.

Trafik dilaporkan sesak sehingga ke pejabat kerajaan berhampiran Jalan Duta.

Seorang individu yang bekerja di bangunan pejabat berhampiran Istana Negara memberitahu The Vibes bahawa kumpulan itu “menyebabkan banyak kekecohan dan kesesakan trafik”.

Dia juga mengecam tindakan “sekumpulan individu terbabit yang menyokong agar mantan perdana menteri terlibat rasuah itu dibebaskan”. - The Vibes, 24 Ogos 2022