
Sedia maklum, baru-baru ini, isteri Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meluahkan rasa menyesal mengahwini pelawak tersebut melalui satu hantaran di Threads.
Malah, mendakwa suami telah memburukkan namanya kepada kawan-kawan tetapi dakwaan terbabit telah dinafikan oleh Shuk.
View this post on Instagram
Susulan hal ini meraih perhatian ramai, rata-rata netizen tidak menyebelahi Fara dan kebanyakannya merasakan semua yang dilalui adalah kifarah.
Bahkan, netizen turut mengaitkan semula kes lama mengenai dia menyondol Shuk sewaktu pelawak terbabit masih bersama dengan bekas isteri, Rossa Sera.

Sekadar info, sebelum ini Shuk Sahar telah berlaku curang bersama Fara Salleh hingga mengakibatkan rumah tangga bersama Rossa Sera musnah dan November tahun lalu, dia sudah pun bernikah dengan wanita terbabit.
"Belum Sampai Masa Saya Cerita.." - Shuk Sahar Ingin Jaga Privasi, Tidak Mahu Hebahkan Sudah Bernikah November Lepas
The post “Penyondol Dapat Kifarah, Semoga Belajar Dari Kesilapan” – Kata-Kata Netizen Untuk Fara Salleh first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


