‘Back Up’ Shuk Sahar, Fara Salleh ‘Sound’ Iqram Dinzly Jangan Sibuk Hal Rumah Tangganya – “Bukan Aku Kahwin Dengan Kau”

EntertainmentLifestyle
14 Aug 2024 • 12:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkahwinan kedua pelawak Shuk Sahar dan Fara Salleh sebelum ini tidak menjadi bualan atau mendapat perhatian ramai namun tindakan isterinya memuat naik hantaran berkaitan rumah tangga mereka mengundang pelbagai respon di media sosial.

Selepas diburukkan oleh isteri sendiri, pelakon dan usahawan Iqram Dinzly bersuara dan mempertahankan Shuk Sahar namun perkara itu telah menaikkan kemarahan Fara.

Menerusi Instagram story, Fara telah memberi peringatan kepada pelakon berusia 42 tahun itu agar tidak mencampuri urusan rumah tangganya dan Shuk.

Bukan aku kahwin dengan kau ya Encik Iqram. Jangan sibuk hal aku.

image is not available

Sebelum ini, rumah tangga pelawak itu menjadi bualan selepas Fara memuat naik hantaran mengatakan dia menyesal berkahwin.

Namun, ia juga meraih perhatian Iqram yang mempertahankan Shuk berkata dia sendiri menjadi saksi bagaimana pelawak itu berhempas pulas mencari rezeki.

Bukan hanya pelakon itu namun ada juga kawan Shuk yang lain tampil mempertahankannya dan mendakwa Fara sering bercerita buruk tentang suaminya sendiri.

image is not available

image is not available 3 days ago

Fara Salleh Luah Perasaan Menyesal Kahwin Dengan Shuk Sahar - "Harap Dia Sedar Dan Ceraikan Saya"