Penyu belimbing bertelur buat kali kelima di Pantai Rantau Abang

Environment
10 Oct 2026 • 9:25 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penyu belimbing bertelur buat kali kelima di Pantai Rantau Abang

DUNGUN – Pantai Rantau Abang di sini kembali menjadi tumpuan apabila seekor penyu belimbing sekali lagi mendarat untuk bertelur di pantai tersebut awal pagi ini.

Setakat ini, spesies penyu terbesar tersebut telah merekodkan lima pendaratan di Pantai Rantau Abang dan sekitarnya sejak 1 September lalu.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, induk reptilia terbabit mula dikesan mendarat di pantai tersebut oleh orang awam pada pukul 3 pagi.

“Petugas Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (TCIC) Rantau Abang, di sini segera bergegas ke lokasi penemuan sejurus menerima maklumat.

“Induk penyu belimbing terbabit mula mengeluarkan telur pada pukul 4.30 pagi sebelum kembali semula laut sewaktu air pasang pada kira-kira sejam 15 minit kemudian,” katanya di sini hari ini.

Adnan berkata, pendaratan penyu belimbing kali ini berjaya menghasilkan 48 biji telur.

Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 313 biji telur penyu belimbing telah dikeluarkan dipercayai induk sama hasil daripada lima pendaratan terbabit.

“Sebanyak 48 biji telur penyu belimbing terbaharu ini telah diselamatkan dan dipindahkan ke tapak penetasan di TCIC Rantau Abang bagi tujuan perlindungan dan pemantauan pada pukul 7 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Penyu belimbing bertelur buat kali kelima di Pantai Rantau Abang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved