Perhilitan siasat dakwaan buaya muncul di Marina PD

LocalEnvironment
8 Oct 2026 • 12:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Perhilitan siasat dakwaan buaya muncul di Marina PD

PORT DICKSON – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menyiasat dakwaan buaya yang didakwa dikesan di kawasan perairan Marina, Pantai Batu 5 di sini.

Pengarahnya, Wan Mat Wan Harun berkata, sepasukan anggota pergi ke lokasi tersebut pagi ini bagi menjalankan siasatan selepas menerima aduan.

“Pasukan Perhilitan berada di lokasi untuk menyiasat aduan tersebut. Sebarang maklumat akan dikongsikan kemudian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini, sebanyak lapan aduan diterima pihaknya daripada orang awam mengenai kelibat reptilia tersebut di pantai peranginan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Perhilitan siasat dakwaan buaya muncul di Marina PD appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved