‘Penyu Pun Kena Azan Ke?’ – Lelaki Ini Pertikai Syarat Aneh Jawatan Kerani Di Kuching

30 Jun 2022 • 1:28 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Syarat’ ini nampaknya menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan netizen

‘Penyu Pun Kena Azan Ke?’ – Lelaki Ini Pertikai Syarat Aneh Jawatan Kerani Di Kuching. Mencari pekerjaan bukanlah sesuatu perkara yang mudah – untuk mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk diambil bekerja, anda perlu memenuhi syarat tertentu serta mempunyai pengetahuan yang diperlukan untuk melakukan kerja itu.

Namun untuk kekosongan jawatan tertentu ini, terdapat satu syarat yang membingungkan ramai orang dan mencetuskan perdebatan di kalangan netizen.

image is not available
‘Penyu Pun Kena Azan Ke?’ – Lelaki Ini Pertikai Syarat Aneh Jawatan Kerani Di Kuching

Syarat kelayakan: Berpengetahuan dalam bidang Agama Islam

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi menerusi Facebook sekeping gambar yang memaparkan jawatan kosong Lembaga Pengurusan Penyu di Sarawak. Difahamkan, jawatan kosong terbabit adalah untuk jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi).

Seperti biasa, kekosongan itu menyenaraikan syarat-syarat kelayakan untuk pemohon yang berminat namun satu syarat menonjol daripada yang lain.

image is not available
Kredit foto: Facebook

Yang pertama, saya tidak menentang mana-mana agama apabila saya berkongsi ini. Kedua, post ini bukan untuk mengutuk mana-mana agama. Ketiga, saya tidak mahu mengajak rakan-rakan mengutuk mana-mana pihak atau agama. Saya hanya tidak berpuas hati dengan syarat ke-6. Saya tidak marah tetapi saya ingin tahu apakah relevannya syarat itu dengan jawatan kosong ini? Kepada mereka yang tahu, mungkin anda boleh membantu untuk menjelaskan?”

image is not available
Kredit foto: Facebook

Netizen mempersoalkan syarat tersebut

Jawatan kosong itu mencetuskan persoalan di kalangan netizen yang berpendapat bahawa syarat itu tidak perlu, malah jika ya pun, tidak sepatutnya dicetak kerana ia akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemohon yang berminat.

Selain netizen non-Muslim, terdapat juga netizen beragama Islam yang mempersoalkan syarat tersebut.

image is not available
Kredit foto: Facebook

Syarat itu memang pelik. Saya pula keliru apabila saya membaca ini semalam dari salah satu kumpulan yang saya ikuti. Kalau (pekerjaan itu) untuk Jabatan Agama atau hal-hal yang berkaitan dengan agama, saya tidak akan hairan tapi yalah. Macam pelik je syarat tu.”

image is not available
Kredit foto: Facebook

Kenapa Lembaga Pengurusan Penyu memberi syarat macam ini? Ini kali pertama saya membaca syarat macam ini.”

Ada juga yang berpendapat syarat itu tidak sesuai kerana jawatan tersebut adalah untuk jabatan yang tiada kaitan dengan urusan hal ehwal agama dan menyatakan syarat itu hanya menyekat orang lain yang berlainan kepercayaan untuk memohon, terutama bagi pekerjaan yang sepatutnya terbuka untuk semua.

image is not available
Kredit foto: Facebook

Setahu saya, jika sesebuah jabatan luar daripada bidang agama, rasanya tidak perlu untuk menyatakan syarat nombor 6. Sebab yang mencari pekerja ni seharusnya lebih kepada orang awam yang kepelbagaian bangsa. Lain pula jika jawatan kosong itu untuk Jabatan Agama Islam (JAIS), sememangnya syarat itu perlu dinyatakan seperti syarat nombor 6 itu.”

Terdapat juga yang berpendapat mungkin syarat itu dimasukkan kerana jabatan berkenaan mungkin ingin mengisi kuota tertentu.

image is not available
Kredit foto: Facebook

Saya pun hairan juga. Tapi ada kemungkin syarat itu adalah untuk mencukupi kuota Melayu bumi (Muslim) dalam Lembaga disebabkan kekurangan kakitangan bangsa Melayu. Tapi, boleh je jangan letak syarat itu tapi buat pemilihan semasa temuduga. Setiap organisasi awam ada kuota bangsa kakitangan yang bekerja dalamnya untuk pastikan sama rata dan keadilan. Kata saya lah.”

Namun, terdapat juga mereka yang membuat jenaka tentang syarat itu!

image is not available
Kredit foto: Facebook

Mungkin untuk azan penyu itu, kalau bukan azan mereka, azan mereka yang suka mencuri telur penyu.”

image is not available
Kredit foto: Facebook

Bersangka baik, mungkin atas permintaan penyu, kita tak boleh menuduh sesiapa.”

Apakah pendapat anda tentang perkara ini? Adakah anda rasa ia wajar untuk meletakkan syarat tersebut? Komen pendapat anda dan jangan lupa kongsikan artikel ini.

Sebelum ini, dua lelaki ditahan atas kesalahan menyeludup telur penyu:

Ketahui lagi tentang penyu di sini: