Bomba berhempas pulas keluarkan lembu korban 200kg terjatuh dalam longkang

28 May 2026 • 12:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bomba berhempas pulas keluarkan lembu korban 200kg terjatuh dalam longkang
Lembu untuk ibadah korban terjatuh dalam longkang dalam kejadian pada Rabu.

MASJID TANAH – Pasukan bomba berhempas pulas mengeluarkan seekor lembu dianggarkan seberat 200 kilogram yang terjatuh ke dalam longkang sedalam 1.5 meter berhampiran Surau Al Hidayah, Taman Sri Aman di sini lewat malam Rabu.

Difahamkan, lembu berkenaan merupakan haiwan untuk ibadah korban sempena sambutan Aidiladha tidak lama lagi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.54 malam sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi didapati seekor lembu telah terjatuh ke dalam longkang berhampiran surau.

“Operasi mengeluarkan lembu dilakukan menggunakan peralatan bersesuaian sehingga haiwan berkenaan berjaya diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, operasi berjaya dikawal pada jam 11.28 malam sebelum ditamatkan sepenuhnya enam minit kemudian.

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi menyelamat itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved