Pepsodent Bersama KKM Untuk Tingkatkan Kesedaran Kesihatan Oral

LocalHealth & Fitness
28 Apr 2026 • 5:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pepsodent Bersama KKM Untuk Tingkatkan Kesedaran Kesihatan Oral

Pepsodent Bersama KKM Untuk Tingkatkan Kesedaran Kesihatan Oral

Pepsodent mengumumkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menyokong sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia dan Hari Kesihatan Ortodontik Sedunia peringkat negeri Selangor, yang berlangsung dari 24 hingga 26 April 2026 di AEON Mall, Bukit Tinggi, Klang.

Program selama tiga hari yang menyaksikan penglibatan orang awam ini menawarkan perkhidmatan pergigian percuma, di samping aktiviti interaktif dan pendidikan yang dirangka untuk menggalakkan amalan kesihatan mulut yang lebih baik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Diadakan di bawah Program Kempen 6020, iaitu sebahagian daripada inisiatif strategik di bawah Pelan Strategik Kesihatan Oral Kebangsaan 2022–2030, acara ini mencerminkan komitmen bersama antara Pepsodent dan KKM dalam memperluaskan akses kepada pendidikan kesihatan mulut serta perkhidmatan penjagaan gigi, di samping menekankan kepentingan membina tabiat yang baik sejak usia muda.

Image from: Pepsodent Bersama KKM Untuk Tingkatkan Kesedaran Kesihatan Oral

“Menerusi kerjasama dengan Kementerian Kesihatan, Pepsodent berbesar hati menyokong usaha yang menjadikan pendidikan dan penjagaan kesihatan mulut lebih mudah diakses oleh keluarga dan komuniti."

"Di Pepsodent, kami percaya setiap senyuman amat bermakna dan amalan kesihatan mulut yang baik perlu dipupuk sejak kecil. Dengan menggabungkan perkhidmatan pergigian percuma bersama aktiviti interaktif di lapangan, kami berharap dapat menggalakkan rutin yang lebih sihat serta teknik memberus gigi yang betul, bagi membantu rakyat Malaysia mendapatkan senyuman yang bebas kaviti dan mengatakan #SayAHHH dengan penuh keyakinan,” kata Phoebe Tay, Ketua Pemasaran Pepsodent Malaysia.

Sementara itu, Dr. Salleh bin Zakaria, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, menambah, “Hari Kesihatan Mulut Sedunia dan Hari Kesihatan Ortodontik Sedunia menekankan kepentingan kesihatan oral dalam menentukan kualiti hidup seseorang secara menyeluruh.

Image from: Pepsodent Bersama KKM Untuk Tingkatkan Kesedaran Kesihatan Oral

Inisiatif seperti Kempen 6020 bukan sekadar satu sasaran kesihatan, malah merupakan satu inisiatif penting dalam usaha memperkukuh agenda kesihatan awam negara, menggalakkan intervensi awal serta memupuk amalan penjagaan kebersihan mulut yang lebih baik dalam kalangan rakyat Malaysia. Melalui kerjasama erat dengan pihak kerajaan dan rakan strategik seperti Pepsodent, usaha-usaha ini diyakini dapat menghasilkan impak yang bermakna dan berkekalan.”

Image from: Pepsodent Bersama KKM Untuk Tingkatkan Kesedaran Kesihatan Oral

Antara sorotan utama aktiviti selama tiga hari tersebut adalah pemeriksaan dan konsultasi pergigian percuma bersama lapan pakar pergigian, yang membawakan perkhidmatan penjagaan kesihatan mulut serta panduan profesional lebih dekat kepada orang ramai.

Golongan muda turut didedahkan kepada hubungan antara pemilihan makanan dan kesihatan mulut melalui aktiviti interaktif yang menyeronokkan. Selain itu, suasana acara turut diserikan dengan aktiviti mesra keluarga seperti persembahan busker dan flash mob. Para pengunjung juga menerima kit pergigian percuma serta sampel produk Pepsodent, sebagai sokongan praktikal untuk meneruskan amalan penjagaan mulut yang lebih sihat selepas acara tersebut.

Image from: Pepsodent Bersama KKM Untuk Tingkatkan Kesedaran Kesihatan Oral

Memperluas Impak Melalui Program Sekolah 2-2-10 Gigi Lebih Kuat

Meneruskan momentum tahun ini, Pepsodent juga bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) melalui program sekolah 2-2-10 Gigi Lebih Kuat, yang menyasarkan penglibatan 70 sekolah dan memberi manfaat kepada 70,000 lagi pelajar pada tahun 2026.

Berteraskan amalan memberus gigi selama dua minit setiap kali, dua kali sehari, untuk gigi 10 kali lebih kuat, program ini bertujuan membentuk rutin penjagaan mulut yang mudah namun konsisten dalam kalangan kanak-kanak sejak usia muda.

Program ini merangkumi bengkel Train-the-Teacher yang komprehensif bagi melengkapkan para pendidik dengan pengetahuan dan sumber yang diperlukan untuk menggalakkan amalan penjagaan mulut yang lebih baik.

Image from: Pepsodent Bersama KKM Untuk Tingkatkan Kesedaran Kesihatan Oral

Selain itu, aktiviti Bulan Penjagaan Kesihatan Oral di sekolah akan menampilkan pemeriksaan pergigian oleh KKM serta pengedaran kit sampel Pepsodent secara percuma bagi mengukuhkan teknik memberus gigi yang betul dan amalan kesihatan mulut harian.

Pepsodent juga akan menyokong program pemeriksaan pergigian tahunan KKM Selangor untuk pelajar sekolah awam, dengan lebih daripada 100,000 sampel akan diedarkan semasa lawatan pergigian ke sekolah.

Melabuhkan tirai program tiga hari ini, Pepsodent telah mengedarkan lebih daripada 6,580 kit pergigian percuma serta melibatkan ribuan rakyat Malaysia melalui akses kepada penjagaan pergigian dan pengalaman pendidikan.

Pelaksanaan program 2-2-10 di sekolah-sekolah seluruh negara menandakan fasa seterusnya dalam memperluaskan pendidikan kesihatan mulut di seluruh Malaysia, dengan sasaran untuk mencapai satu juta pelajar menjelang tahun 2030.