Perabot Rosak Tilam Koyak, Keadaan Asrama Di SMK Mukah Raih Perhatian Netizen

20 Mar 2023 • 5:21 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Perabot seperti loker, tilam dan katil dalam keadaan tidak memuaskan

Perabot Rosak Tilam Koyak, Keadaan Asrama Di SMK Mukah Raih Perhatian Netizen. SMK Mukah telah menarik perhatian netizen setelah kongsian di Facebook mengenai kemudahan dan perabot di dalam asrama tersebut telah tersebar luas di media sosial.

Dalam video tersebut telah memaparkan perabot seperti katil, tilam dan loker dalam asrama di SMK Mukah dalam keadaan yang kurang memuaskan.

image is not available
Sumber: FB David Anthony

Isu di dalam video berdurasi 1 minit 28 saat ini telah menarik perhatian JPN Sarawak.

Dalam video berdurasi 1 minit 28 saat ini, dapat dilihat bahawa keadaan kayu almari yang rapuh, kotor dan juga patah menyebabkan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka merasa kemudahan tersebut agak kurang memuaskan.

Kata Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak, Omar Mahli menjelaskan bahawa pihaknya sentiasa mengingatkan kepada pihak sekolah untuk sentiasa bersedia serta memastikan kebajikan murid terjaga.

image is not available
Perabot Rosak Tilam Koyak, Keadaan Asrama Di SMK Mukah Raih Perhatian Netizen

Isu ini dalam perhatian JPN Sarawak

Beliau turut menyatakan bahawa isu tersebut kini dalam perhatian JPN Sarawak. Kata beliau, pihak mereka masih belum menerima sebarang laporan penuh berkenaan dengan perkara berikut.

“Saya turut difahamkan di Mukah tidak ada pembekal untuk peralatan tersebut, tetapi sebahagian daripadanya telah dibuat perolehan. Dan pada awal tahun ini juga telah dibuat perolehan cuma barang tersebut belum sampai.”

Namun, netizen masih beranggapan bahawa tindakan yang diambil oleh pihak sekolah adalah terlalu lambat. Mereka berpendapat bahawa keselamatan dan keselesaan pelajar seharusnya menjadi keutamaan utama bagi pihak pengurusan sekolah.

image is not available
Sumber: FB David Anthony

Keadaan asrama yang kurang memuaskan juga dapat mempengaruhi motivasi pelajar untuk belajar dan mencapai kejayaan dalam akademik. Oleh itu, tindakan yang segera perlu diambil untuk memperbaiki keadaan asrama dan memberikan keselesaan yang mencukupi kepada pelajar.

image is not available
Sumber: FB David Anthony

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah: