Selamba Isi Minyak RON95, Netizen Panas Hati Lihat Kenderaan Asing Isi Minyak Subsidi

16 Mar 2023 • 4:49 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Isu penggunaan minyak RON95 oleh kenderaan asing di Sarawak mendapat perhatian netizen

Selamba Isi Minyak RON95, Netizen Panas Hati Lihat Kenderaan Asing Isi Minyak Subsidi. Isu penggunaan minyak RON 95 oleh kenderaan dengan nombor plat asing di Sarawak kini menjadi tular di media sosial.

Ramai yang mengaitkan kenderaan tersebut dengan kenderaan staf kerajaan Indonesia yang berada di Sarawak. Walaupun dakwaan ini belum disahkan, tetapi ia telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

image is not available
Selamba Isi Minyak RON95, Netizen Panas Hati Lihat Kenderaan Asing Isi Minyak Subsidi

Harga minyak RON95 adalah harga minyak SUBSIDI untuk rakyat Malaysia sahaja

Kita semua tahu bahawa penggunaan minyak RON95 adalah terhad kepada kenderaan yang mempunyai nombor plat Malaysia sahaja. Ini adalah disebabkan harga minyak RON95 di Malaysia adalah harga yang telah disubsidikan oleh kerajaan

Namun, terdapat beberapa kes di mana kenderaan dengan nombor plat asing didapati menggunakan minyak RON95 di stesen minyak di Sarawak.

image is not available

image is not available

Kalau nak isi minyak RON97, tak ada masalah pun sebab harganya tidak disubsidi.

Oleh itu, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera untuk mengesan dan menghentikan penggunaan minyak RON 95 oleh kenderaan dengan nombor plat asing di Sarawak.

Sekiranya anda ternampak kenderaan bernombor plat asing mengisi minyak petrol RON95 di stesen minyak, anda boleh menyalurkan aduan menerusi platform KPDNHEP seperti berikut:

e-Aduan KPDNHEP: https://e-aduan.kpdnhep.gov.my/
Whatsapp: +6019 2794317
Talian bebas tol: 1-800-886-800

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah: