Perak Bison unggul tawan GP Perak

18 Aug 2025 • 10:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Trio Perak Bison meraikan kejayaan mengungguli GP Perak di Ipoh pada Ahad.

PERAK Bison berada dalam kelas tersendiri apabila menjuarai Liga Sepak Takraw (STL) 2025 Grand Prix (GP) Perak di laman sendiri pada malam Ahad.

Kejayaan tersebut diraih selepas trio Kritsada Sungvung (tekong), Muhammad Noraizat Nordin (apit kanan) dan apit kiri, Aidil Aiman Azwawi menewaskan Kelantan Warriors 2-0.

Lebih manis kejayaan tersebut turut disaksikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang berkenan hadir dalam saingan akhir di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Perak Bison bermula garang apabila menang set pertama 15-11 untuk membenam cabaran Kelantan Warriors yang dibarisi Sukrit Wacharaburanaphong sebagai tekong, Muhammad Zulfikri Wajawwa Muhammad Zulhanifa (apit kiri) dan Azim Azizul selaku apit kanan.

Dipacu sorakan padu penyokong, trio Perak Bison enggan menoleh ke belakang lagi apabila mengesahkan kemenangan 15-12 pada permainan kedua.

Menerusi kejayaan bermakna tersebut, skuad Perak Bison berjaya meraih hadiah wang tunai bernilai RM15,000.

Malah lebih manis, Perak Bison turut menyapu bersih hadiah individu apabila Aidil Aiman memenangi anugerah apit kiri terbaik dan pemain pilihan peminat, Noraizat merangkul gelaran apit kanan terbaik dan Kritsada selaku tekong terbaik.

Berakhirnya GP Perak, tumpuan 12 pasukan akan beralih ke Balik Pulau untuk menghadapi GP Pulau Pinang pada minggu depan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved