Perak peruntuk RM4.8 juta untuk perkasa wanita, keluarga dan warga emas

LocalPolitics
24 Nov 2026 • 3:31 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Perak peruntuk RM4.8 juta untuk perkasa wanita, keluarga dan warga emas

IPOH: Sebanyak RM4.8 juta diperuntukkan menerusi Belanjawan Perak 2027 bagi memperkasa pembangunan wanita dan memperkukuh kebajikan masyarakat di negeri ini

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peruntukan yang disalurkan kepada Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak itu turut membabitkan sebanyak RM1.85 juta untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan dan kebajikan.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak RM850,000 diperuntukkan bagi program pendayaupayaan wanita dan kebajikan masyarakat, manakala RM500,000 masing-masing bagi program pembangunan dan kebajikan kanak-kanak dan anak yatim serta kerja menaik taraf rumah kebajikan golongan berkenaan.

“Dalam memperluas peluang meningkatkan pendapatan, kerajaan negeri turut menyediakan RM200,000 bagi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030.

“Program ini merangkumi pemberian geran kemahiran, latihan keusahawanan serta pembangunan produk,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Perak 2027 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini hari ini.

Saarani berkata, sehingga September 2026, geran berkenaan telah menyokong kegiatan ekonomi komuniti termasuk penghasilan makanan, pastri, bakeri, kraftangan dan batik, khususnya dalam kalangan wanita, orang kurang upaya (OKU), warga emas serta keluarga berpendapatan rendah.

Sementara itu, beliau berkata, dalam usaha memelihara kebajikan warga emas, sebanyak RM400,000 diperuntukkan bagi Program Pembangunan Warga Emas dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).

Selain itu katanya, RM200,000 turut disediakan untuk pelbagai program Rumah Aktiviti Wanita-Halaman Suri Sejahtera (SURI).

“Pusat Aktiviti Suri Sejahtera di Jalan Jumbo Jet, Ipoh yang siap pada Mac lalu kini beroperasi sebagai ruang latihan kemahiran, masakan dan keusahawanan asas.

“Pusat itu turut menyediakan sokongan kepada pesakit demensia tahap awal, khidmat kaunseling dan pelbagai kegiatan kemasyarakatan,” katanya. – UTUSAN

The post Perak peruntuk RM4.8 juta untuk perkasa wanita, keluarga dan warga emas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved