
Kota Kinabalu: Penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dalam aktiviti yang diadakan di dalam Penjara Wanita Kota Kinabalu (PWKK) amat dialu-alukan bagi membantu prospek lebih bersedia untuk kembali kepada komuniti.
Pengarah PWKK Noor Sazlawati Zakaria berkata, sokongan masyarakat luar termasuk NGO sebenarnya akan lebih membantu prospek selepas selesai menjalani hukuman nanti.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Saya mengambil peluang menerusi program Jalinan Kasih sempena dua perayaan yang disambut hari ini bersama prospek supaya mereka rasa masih berada bersama masyarakat seperti NGO sebagai jemputan pada majlis ini.
“Walaupun prospek berada di sebalik tembok penjara namun kita tidak mahu mereka tidak merasai semangat berkomuniti sebaliknya bersama-sama menyambut perayaan di dalam ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Jalinan Kasih Krismas dan Tahun Baharu Cina di Penjara Wanita Kota Kinabalu di sini, pada Jumaat.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Katanya lagi, sebagai peneraju baharu PWKK dia berhasrat untuk memastikan prospek terus diberi sokongan moral tidak kira dari masyarakat atau ahli keluarga mereka sendiri.
“Saya akan meneruskan apa yang telah dilakukan sebelum ini dan akan melihat jika perlu ada yang ditambah baik untuk kebaikan bersama dalam PWKK ini.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Malah untuk program pendidikan kita juga akan terus pastikan penghuni Sekolah Henry Gurney dapat menjalani sesi persekolahan mereka dan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Ini termasuk lapan penghuni yang bakal menduduki SPM pada tahun ini,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



