
Kota Kinabalu: Seorang bekas pengawal keselamatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dikenakan enam kali sebatan rotan kerana cuba merogol seorang pelajar universiti berusia 18 tahun, dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada Selasa.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, Datuk Azmi Ariffin, dan Datuk Azhahari Kamal Ramli, membebaskan dan melepaskan Arshad Masdin selepas mendengar rayuan serta hujah pihak pendakwaan sebagai responden.
AdvertisementAntara lain, mahkamah memutuskan bahawa sebab utama membenarkan rayuan berkenaan adalah kerana hakim perbicaraan gagal mempertimbangkan bukti DNA yang memihak kepada pihak pembelaan yang menimbulkan keraguan munasabah.
Arshad merayu terhadap keputusan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah cuba merogol gadis berusia 18 tahun itu dengan merobek dan menanggalkan pakaian mangsa jam 12.30 tengah malam, 15 Julai 2018, di asrama UMS.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Dia disabitkan di bawah Seksyen 376(2)(a)/511 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada 9 Februari 2023, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Arshad Masdin dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen.
AdvertisementTimbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohamad Arif Aizuddin Masrom tampil untuk pendakwaan manakala peguam Hamid Ismail dan Shahlan Jufri mewakili Arshad.
Sementara itu, seorang lelaki berusia 32 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas tuduhan membunuh seorang lagi lelaki.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mohamad Rafi Simmachulam membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Celestina Stuel Galid atas pertuduhan dihadapinya.
Dia didakwa membunuh Anis Matiuns antara jam 4 petang hingga 5 petang pada 11 Februari 2024 di tepi jalan di Kg Rukom, Kota Marudu.
Mahkamah menetapkan 3 Februari untuk sebutan bagi mengetahui status peguam yang akan mewakili Mohamad.
Sementara menunggu tarikh berkenaan, Mohamad diperintahkan untuk direman lanjut.
TPR Lovely Natasha Charles mengendalikan pendakwaan.



