Perancis Haramkan Individu Bawah 15 Tahun Mengakses Media Sosial

WorldPolitics
22 Jul 2026 • 11:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perancis menjadi negara Kesatuan Eropah (EU) pertama meluluskan larangan menyeluruh penggunaan media sosial untuk individu di bawah umur 15 tahun. Parlimen Perancis meluluskan rang undang-undang ini sebagai inisiatif utama Presiden Emmanuel Macron.

Image from: Perancis Haramkan Individu Bawah 15 Tahun Mengakses Media Sosial

Rang undang-undang yang sama turut melarang penggunaan telefon bimbit di sekolah. Pengharaman. media sosial di Perancis dipacu oleh kebimbangan terhadap kandungan berbahaya, termasuk kes bunuh diri dalam kalangan remaja yang dikaitkan dengan TikTok yang membawa kes saman difailkan undang-undang oleh beberapa keluarga.

Walaupun tidak menerima sokongan daripada golongan remaja, RUU ini menerima sokongan ibu bapa dan golongan aktivis. Presiden Macron mahu undang-undang berkuat kuasa pada permulaan sesi sekolah September depan. Tetapi semakan perlembagaan mungkin melambatkan pelaksananya. Tindakan Perancis adalah selari dengan EU yang merancang untuk mengehadkan akses media sosial kepada individu bawah 13 tahun dan bayi 3 tahun langsung tidak boleh menggunakan peranti.

Setakat ini Australia dan Malaysia telah mengharamkan akses media sosial kepada pengguna bawah 16 tahun. Di Australia denda sehingga AUD$ 99 juta (~RM 278 juta) sekiranya laman media gagal mematuhi undang-undang. Sementara di Malaysia pula denda RM10 juta boleh dikenakan  menurut Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) yang termaktub dalam Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) sejak 1 Jun 2026 lalu.

Sumber – Associated Press

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved