Perancis Jadi Negara EU Pertama Larang Kanak-Kanak Bawah 15 Tahun Guna Media Sosial

WorldTechnology
22 Jul 2026 • 10:15 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Perancis Jadi Negara EU Pertama Larang Kanak-Kanak Bawah 15 Tahun Guna Media Sosial

Perancis melakar sejarah sebagai negara pertama dalam Kesatuan Eropah (EU) yang melarang kanak-kanak berusia bawah 15 tahun daripada menggunakan platform media sosial, selepas rang undang-undang berkaitan diluluskan secara rasmi oleh Parlimen negara itu.

Ketetapan tersebut dicapai menerusi sokongan padu di kedua-dua dewan Parlimen Perancis. Dewan Senat meluluskannya dengan 243 undi menyokong berbanding dua menentang, manakala Dewan Rendah Parlimen merekodkan 279 undi menyokong dan 81 menentang.

Menteri Hal Ehwal Digital Perancis, Anne Le Henanff, menegaskan bahawa langkah berkenaan membolehkan Perancis menerajui usaha di peringkat Eropah dalam menetapkan had umur minimum digital demi melindungi keselamatan kanak-kanak di alam maya dengan lebih berkesan.

Berdasarkan jadual pelaksanaannya:

  • Sesi Persekolahan September: Undang-undang baharu ini akan mula dikuatkuasakan bagi pendaftaran akaun media sosial yang baharu.

  • Awal Januari: Pelaksanaan secara penuh akan diperluas merangkumi kawalan ke atas akaun sedia ada.

  • Selain sekatan media sosial, undang-undang terbaharu itu turut memperketat peraturan sedia ada dengan memperluas larangan penggunaan telefon bimbit ke sekolah-sekolah menengah di seluruh Perancis.

    BERNAMA-ANADOLU

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved