'Perang harga' raya di Jalan TAR

LocalSales & Promo
17 Mar 2026 • 8:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suasana minggu terakhir Ramadan di Jalan TAR di ibu kota dilihat terus meriah dengan kehadiran orang ramai.
image is not available
Orang ramai mengambil peluang minggu terakhir Ramadan untuk membeli kelengkapan Aidilfitri saat akhir.
image is not available
Mohammad Fadzli
image is not available
Sabrini

KUALA LUMPUR – Suasana Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di ibu kota terus meriah dengan kehadiran orang ramai yang membuat persiapan akhir membeli kelengkapan raya sepanjang minggu terakhir Ramadan.

Persaingan antara kedai berjenama dan peruncit tempatan merancakkan lagi ‘perang’ jualan baju raya apabila masing-masing menawarkan pelbagai promosi bagi menarik perhatian pengunjung.

Tinjauan Sinar Harian di Jalan TAR mendapati, rata-rata pembeli memberi keutamaan terhadap kualiti termasuk jenis kain, kekemasan jahitan dan keselesaan berbanding harga atau jenama.

**media[3465595]**

Salah seorang pengunjung, Mohammad Fadzli Ghafar, 39, berkata, atas faktor tersebut dia memilih membeli kurta di kedai biasa berbanding tahun lalu apabila menggayakan baju raya berjenama.

"Saya tidak kisah soal jenama dan paling penting baju selesa, warna serta coraknya cantik," katanya kepada Sinar Harian.

**media[3465591]**

Dia yang menetap di Balakong, Cheras berkata, membeli di premis fizikal lebih mudah berbanding platform dalam talian kerana boleh mencuba terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.

"Masalah utama pembelian dalam talian adalah saiz. Sebab itu hari ini saya bawa semua ahli keluarga membeli baju raya di sini kerana lagi mudah dan boleh terus cuba," ujarnya.

Sementara itu, pengunjung, Afiq Zulhilmi Azmi, 37, berkata, baju raya dibeli perlu selesa kerana kebiasaannya digunakan seharian pada hari pertama Aidilfitri.

"Pada hari raya biasanya kita bergerak dari satu rumah ke rumah lain untuk beraya, jadi jenis pakaian selesa sangat penting terutama bagi kanak-kanak.

“Kalau kain terlalu tebal atau tidak sesuai, ia pasti tidak selesa terutama apabila cuaca panas,” ujarnya berasal dari Bachok, Kelantan.

Dalam pada itu, pegawai perubatan, Sabrini Abbas, 32, memberitahu, kualiti kain menjadi elemen penting dalam pemilihan baju raya.

**media[3465590]**

"Biasanya apabila kain baju raya berkualiti, warnanya lebih cantik," katanya.

Sementara itu, penuntut, Ainur Amylia Md Isa, 19, mengakui kerap mengunjungi lokasi bazar Aidilfitri di Jalan TAR bersama rakan kerana menawarkan harga diskaun.

"Saya datang sebab ingin membeli telekung dan jubah untuk ibu saya sebagai persediaan raya.

"Di sini banyak pilihan pakaian, boleh tawar-menawar dan membeli dengan harga murah," katanya.