Perang Israel-Iran: Parlimen Iran Lulus Langkah Tutup Selat Hormuz

Entertainment
23 Jun 2025 • 10:29 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Konflik di antara Iran, Israel dan kini Amerika Syarikat (AS) semakin memuncak susulan AS menyerang tiga kemudahan nuklear Iran.

Presiden AS, Donald Trump pada Ahad berkata, tenteranya telah mengebom tiga tapak nuklear Iran di Fordow, Natanz dan Isfahan.

Susulan serangan tersebut, Parlimen Iran dalam satu perkembangan terbaru telah meluluskan langkah untuk menutup Selat Hormuz kepada laluan trafik tentera laut, kata seorang penggubal undang-undang kanan, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.

image is not available

Parlimen telah mencapai kesimpulan bahawa Selat Hormuz perlu ditutup.

“Keputusan muktamad mengenai perkara ini terletak pada Majlis Keselamatan Tertinggi Negara,” kata Mejar Jeneral Esmaeil Kowsari, anggota Suruhanjaya Keselamatan Negara Parlimen, dalam kenyataan yang disiarkan oleh Press TV milik kerajaan.

AS minta China ‘pujuk’ Iran

Dalam pada itu, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio telah meminta China untuk ‘memujuk’ Iran supaya tidak menutup Selat Hormuz, lapor CNBC.

Menurut Rubio, penutupan selat itu hanya akan menyukarkan China memandangkan Beijing bergantung sepenuhnya kepada laluan tersebut untuk bekalan minyak.

image is not available

Kita menggalakkan kerajaan China di Beijing untuk ‘memujuk’ Iran mengenai hal itu, kerana mereka bergantung sepenuhnya dengan Selat Hormuz untuk bekalan minyak,” kata Rubio.

Sebagai info, Selat Hormuz dianggap pintu masuk terpenting dunia untuk pengangkutan minyak.

Serangan yang berlaku ini merupakan peningkatan terkini dalam serangan tentera Israel yang disokong AS ke atas Iran sejak 13 Jun lalu yang mendorong Tehran untuk melancarkan serangan balas terhadap Israel.

Sumber: Astro AWANI, CNBC

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.