“Perangai Kampung Tu Simpan La Sikit” – Sekumpulan Individu ‘Berkelah’ Dalam ‘Airport’, Undang Perdebatan Netizen

Entertainment
5 Sep 2022 • 11:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu rakaman menunjukkan sekumpulan individu sedang sibuk menikmati hidangan makanan meraih perhatian netizen di media sosial.

Video yang pada asalnya dimuat naik di aplikasi TikTok itu tular sehingga ke Twitter selepas seorang pengguna memuat naik semula rakaman tersebut.

Menerusi video itu, beberapa orang lelaki dan perempuan dilihat sedang duduk dan makan di lapangan terbang seperti gaya sedang berkelah.

Kain batik dibentang di atas lantai dan beberapa jenis juadah yang disimpan di dalam tupperware dihidang sambil kumpulan itu makan sambil bersila.

Situasi tersebut menerima reaksi yang berbeza daripada netizen di mana ada pihak berpendapat ia tidak patut dan sesetengah individu pula berasa apa yang dilakukan tiada masalah.

Seorang netizen berkata ia bukanlah perkara yang perlu diperbesarkan kerana mereka menjamu selera di belakang tempat duduk, bukan di laluan orang ramai.

Namun, sesetengah netizen berpendapat situasi sebegitu tidak sesuai dan seharusnya mereka mencari tempat lain untuk menghidang makanan seperti di medan selera.

image is not available

Difahamkan tuan empunya telah pun memadam rakaman tersebut daripada profil TikTok miliknya namun ia mendapat perhatian di aplikasi Twitter pula.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 minggu lalu

"Hodoh Betul Perangai!" - 'Over' Sangat Masa Reviu Makanan, Ramai Jijik Dengan Lelaki Ini