Perantau Balik KL: Jalan Gua Musang Dijangka Sesak Pada Sabtu, Ahad Ini

3 Apr 2025 • 1:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pihak polis mengesahkan trafik keluar dari Kelantan melalui Gua Musang dijangka sesak pada Sabtu dan Ahad ini.

Ini kerana kebanyakan perantau akan pulang ke ibu kota selepas berakhirnya cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo.

image is not available

Menurutnya, peningkatan trafik ketara akan berlaku terutamanya laluan menghala ke Lembah Klang iaitu di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dan Jalan Gua Musang-Kuala Lipis.

“Perantau digalakkan menggunakan laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan Lebuh Raya Timur Barat bagi mengurangkan kesesakan,” katanya.

Apapun, orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved