Perantau mula tiba ke Kelantan

LocalTravel
18 Mar 2026 • 8:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kenderaan semakin bertambah menuju ke Kelantan namun masih bergerak dalam keadaan perlahan. Gambar kecil Roshayati (atas) dan Aisyah. Foto ADILA SHARINNI WAHID.

KUALA KRAI – Berlaku pertambahan kenderaan susulan ketibaan perantau ke Kelantan dan menyebabkan kesesakan di beberapa laluan utama termasuk Jalan Gua Musang - Kota Bharu di Sungai Durian di sini pada Rabu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati aliran trafik di kawasan berbergerak agak perlahan bermula jam 4 petang namun masih lancar.

Seorang kakitangan awam, Aisyah Nurul Izzah Muhafaz, 27, berkata, perjalanan pulangnya dari Shah Alam lebih lancar walaupun berlaku sedikit kelewatan.

“Bas saya bertolak pukul 9 pagi dan sampai sekitar jam 4 petang, lewat dalam dua jam.

“Ada kesesakan di beberapa lokasi seperti Gombak dan Gua Musang, tetapi masih bergerak,” katanya.

Sementara itu, peniaga, Roshayati Jusof, 50, berkata, dia mengambil keputusan pulang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan luar biasa.

“Tahun lepas, perjalanan sehari sebelum raya boleh cecah sehingga 20 jam. Kali ini, anak-anak mula cuti sekolah, saya bertolak awal untuk elak situasi sama.

“Walaupun ada kesesakan, trafik masih bergerak perlahan dan tidak terhenti lama,” katanya yang dalam perjalanan ke Tanah Merah.

Orang ramai dijangka terus memenuhi laluan ke Kelantan bermula esok hingga ke Aidilfitri apabila lebih ramai perantau pulang selepas tamat waktu bekerja.

Pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal serta sentiasa berhati-hati bagi memastikan perjalanan selamat sepanjang musim perayaan.