Peranti Baharu Tecno Pova 6 Pro 5G Disahkan Bakal Tiba Di Malaysia

TechnologyDigital
25 Mar 2024 • 12:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tecno Pova 6 Pro telah dilancarkan di MWC 2024 sebelum ini dengan spesifikasi kelas pertengahan. Salah satu yang paling menonjol pada peranti sudah tentulah pada sistem lampu LED Dynamic-Light Effect yang terdiri dengan 210 lampu LED bersama 9 mod. Ia boleh dikatakan hampir sama dengan sistem glyph pada peranti Nothing.

image is not available

Semakan melalui kemaskini baharu Tecno di Facebook menunjukkan peranti akan ditawarkan di Malaysia. Namun tetap menjadi persoalan tentang tarikh pelancaran dan butiran perkakasan khusus yang masih belum didedahkan. Dalam masa sama juga berpotensi sama seperti versi sebelum ini.

image is not available

Sekiranya jangkaan ini benar bermakna peranti boleh dilengkapi skrin AMOELD 120Hz, dijana cip Dimensity 6080, bateri 6000mAh dengan pengecasan 70W, kamera utama 108MP dan swafoto 32MP. Rekaan panel belakang juga dijangka boleh memberikan kesan seakan lutsinar yang memaparkan komponen dalaman.