Thread Menguji Membayar Penghasil Kandungan Dalam Platform

TechnologyDigital
4 Apr 2024 • 4:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Walaupun Threads bermula dengan sambutan yang cukup hangat, momentum aplikasi terhenti kerana pengguna menyedari ia masih tidak mempunyai banyak ciri yang wujud di Twitter/X. Kini untuk menarik lebih banyak pengguna ke platform, Threads mula menguji membayar sesetengah penghasil kandungan yang menarik.

image is not available

Menerusi program Threads Bonus program, kandungan yang menerima 2500 tontonan akan diberikan bayaran. Walau bagaimanapun, program ini hanya boleh disertai menerusi jemputan daripada Threads sahaja pada ketika ini. Struktur pembayaran bonus juga masih belum diperhalusi.

Media sosial moden memerlukan ciri yang membolehkan pengguna menjana pendapatan. Tanpanya tiada insentif untuk menggunakan platform baharu kerana ia tidak akan menguntungkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved