Peranti Oppo Dan Huawei Seterusnya Mungkin Menggunakan Kamera Hadapan Dengan Sensor Empat Segi

TechnologyDigital
4 Feb 2026 • 3:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei dan Oppo dilaporkan bakal menggunakan kamera hadapan dengan sensor berbentuk segi empat pada peranti baharu mereka. Trend ini mula mendapat perhatian sejak pelancaran siri iPhone 17 apabila sensor empat segi yang digunakan mampu menghasilkan gambar swafoto yang lebih baik di samping saiznya hampir dua kali gambar berbanding sensor biasa.

image is not available

Terkini menurut perkongsian Digital Chat Station (DCS), kedua-dua jenama sedang menguji sensor 1:1 untuk kamera swafoto. Huawei dijangka memperkenalkan teknologi tersebut pada peranti pertengahan baharu yang memfokuskan kepada keupayaan kamera besar kemungkinan melalui siri Nova 16.

image is not available

Sementara itu, Oppo pula berkemungkinan besar akan menggunakannya pada model mercu dalam siri X bermula dengan Find X10 memandangkan siri tersebut sering menjadi ruang untuk pelbagai teknologi baharu. DCS turut menambah bahawa teknologi Oppo kelak dijangka lebih baik berbanding apa yang ditawarkan oleh Apple ketika ini.