Peranti Realme Dengan Cip Dimensity 8400 Akan Tiba Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
26 Dec 2024 • 2:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain daripada Redmi nampaknya Realme juga dalam persediaan hadir dengan peranti yang akan dijana dengan cip Mediatek Dimensity 8400. Walaupun tidak dinyatakan secara rasmi tetapi ramai berspekulasi Realme boleh melancarkan model Neo7 SE. Sekaligus melengkapkan rangkaian peranti Neo7 sedia ada bagi membolehkan penguna memilih model yang sesuai dengan minat serta keperluan mereka. Tiada spesifikasi lain untuk peranti akan datang Realme ini tetapi lebih banyak maklumat dipercayai boleh didedahkan dalam masa terdekat ini.

image is not available

Berkongsi secara ringkas tentang cip Dimensity 8400. Ia dilengkapi dengan lapan teras CPU Cortex A-725 (3.25GHz) yang mampu menghasilkan peningkatan prestasi sebanyak 41%. Ini dipadankan dengan GPU Arm Mali-G720 dengan prestasi puncak 24% dan kecekapan kuasa 42% lebih tinggi. Selain itu mempunyai MediaTek NPU 880 yang menyokong LLM/SLM/LMM dan Dimensity Agentic AI Engine (DAE) pula membolehkan ejen AI beroperasi melalui struktur hibrid untuk gabungan kerja awanan. Lain-lain spesifikasi adalah skrin WQHD+, kadar segar semula144 Hz, ISP Imagiq 1080 menyokong kamera 320MP, memori LPDDR5X RAM, storan UFS 4.0, Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.4.