Siri Nothing Phone (3a) Mungkin Dijana Cip Snapdragon 7s Gen 3 Dan Dilengkapi Kamera Telefoto

TechnologyDigital
24 Dec 2024 • 12:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas tiga peranti kelas pertengahan Nothing dijana cip MediaTek Dimensity, Nothing nampaknya akan beralih kepada cip Qualcomm pula pada tahun hadapan. Baru-baru ini, Android Authority menemui barisan kod mengenai cip Snapdragon 7s Gen 3 untuk peranti baharu mereka.

image is not available

Di dalam kod Nothing OS 3.0, mereka telah menemui bukti yang Nothing Phone (3a) dan Nothing Phone (3a) Plus akan dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 3. Tiga peranti turut ditemui di dalam kod yang menggunakan nama asteroids, asteroids_plus dan galaga. Kod-kod ini dikatakan mungkin mewakili siri Phone (3a), sementara satu lagi adalah untuk CMF Phone 2.

image is not available

Tahun hadapan, Nothing dijangka akan melancarkan tiga peranti terlebih dahulu. Phone (3a) dijangka akan menyokong sensor kamera telefoto, sementara Phone (3a) Plus akan dilengkapi dengan sensor periskop telefoto. Untuk CMF Phone 2, ia dikatakan akan kekal dengan cip MediaTek Dimensity generasi baharu. Mungkin Dimensity 8400 yang baru sahaja dilancarkan hari ini?

Jika tiga peranti ini adalah yang terawal akan tiba pada tahun 2025, ini bermakna peranti mercu mereka Phone (3) dengan Nothing OS yang dilengkapi integrasi AI generatif mendalam akan tiba di kemudian hari. Adakah anda ingin menantikan Nothing Phone generasi baharu ini?