Perap ayam dalam sinki?

Health & Fitness
7 Oct 2026 • 12:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Perap ayam dalam sinki?
Gambar: Public Health M'sia

PERAP AYAM DALAM SINKI?

Gambar ini mungkin nampak lucu sebab ada yang memang dah lama buat cara begini.

Tapi dari sudut food safety, sinki dapur bukan tempat yang sesuai untuk kita letakkan dan memerap ayam mentah secara terus.

.

Kenapa?

Sinki ialah kawasan yang kerap menerima sisa makanan, air basuhan dan cecair daripada bahan mentah. Bila ayam mentah diletakkan terus di situ, risiko cross-contamination meningkat.

Ayam mentah pula boleh membawa bakteria penyebab keracunan makanan seperti Salmonella dan Campylobacter. Bakteria daripada ayam mentah boleh mencemarkan sinki dan permukaan dapur.

.

Jadi macam mana nak perap ayam dengan betul?

Gunakan bekas khas makanan contohnya bekas kaca, stainless steel, plastik food-grade atau beg makanan yang sesuai.

Kemudian tutup dan simpan dalam peti sejuk, bukan dibiarkan lama pada suhu bilik. Ayam yang diperap dalam peti sejuk dan boleh diperap sehingga kira-kira dua hari.

Air perapan yang sudah terkena ayam mentah pula jangan terus dijadikan sos kecuali dimasak sehingga betul-betul mendidih.

.

Amalan yang kita buat sejak dulu tidak semestinya amalan yang paling selamat.

Dulu mungkin kita buat dan “tak pernah jadi apa-apa”.

Tetapi dalam kes keracunan makanan, kita tak perlu tunggu satu keluarga cirit-birit dan muntah dulu baru nak ubah cara.

Sinki untuk mencuci.

Bekas makanan untuk memerap.

Simple change, tetapi boleh mengurangkan risiko pencemaran silang di dapur.

Public Health Malaysia


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved