Perasaan Ingin Tahu ‘Membuak-Buak’, Budak 11 Tahun Terpaksa Jalani Pembedahan Selepas Telan Jongkong Emas

LocalFamily & Parenting
18 Apr 2025 • 2:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Sinar Harian, seorang budak lelaki berumur 11 tahun berasal dari Suzhou, China dikatakan terpaksa menjalani pembedahan selepas secara tidak sengaja menelan jongkong emas seberata 100 gram (g) ketika berada di rumahnya.

Teringin nak rasa jongkong emas

Difahamkan, kerana mempunyai perasaan ingin tahu yang ‘membuak-buak’, kanak-kanak terbabit menelan jongkong emas ke dalam mulut.

Selepas menelan jongkong emas berkenaan, budak lelaki tersebut mengalami kembung perut tetapi tidak ada sebarang kesakitan teruk atau ketidakselesaan.

image is not available

Bimbang melihat situasi tersebut, ibu bapa budak lelaki berkenaan segera membawanya ke Jabatan Kecemasan di Hospital Kanak-Kanak Universiti Soochow dan dapat dilihat melalui gambaran x-ray, terdapat satu objek logam tersekat di bahagian tengah pencernaannya.

Pembedahan berlangsung selama 30 minit

Tidak mahu jongkong yang besar tersebut memberi kecederaan serius kepada usus budak terbabit, pihak hospital segera memasukkannya ke Jabatan Pembedahan Am untuk pemantaun rapi serta rawatan susulan.

image is not available

Disebabkan usia pesakit masih muda dan fungsi usus lebih sensitif, pasukan perubatan memilih kaedah endoskopik invasif minimum, di mana ia menggunakan kamera dan gelombang bunyi frekuensi tinggi untuk mengeluarkan objek berkenaan.

Pembedahan yang dilakukan untuk mengeluarkan jongkong emas tersebut hanya mengambil masa selama 30 minit tanpa sebarang masalah yang berlaku.

image is not available 2 weeks ago

Tindakan Ibu Bapa Hantar Anak-Anak Semata Untuk Kutip Duit Raya Dianggap Satu 'Sindiket'?