Perayaan Tahun Baru Cina dihiasi seni budaya menjadi tradisi tahunan dirayakan bersama oleh warga di Indonesia #CNY2025

Travel
3 Feb 2025 • 6:00 PM MYT
Zulkifly Baharom
Zulkifly Baharom

An HR practitioner, Sejahtera Leadership Coach & Gusi Peace Prize Laureate.

Image from: Perayaan Tahun Baru Cina dihiasi seni budaya menjadi tradisi tahunan dirayakan bersama oleh warga di Indonesia #CNY2025
Dr. Zul & keluarga menghargai budaya nusantara, rasa kebersamaan komuniti serumpun Malaysia-Indonesia, dan kelazatan hidangan asli masakan kuliner tempatan. Foto: Jann

Saya dan isteri, Zarina membawa keluarga dan cucu-cucu kami melancung ke Bandaraya Jakarta sempena Cuti Tahun Baru Cina 2576 Kongzili. Kami menyaksikan pelbagai pentas seni dan budaya dihiasi indah menyemarakkan suasana menyambut perayaan tahunan ini. Keadaan menarik ini membawa pengaruh positif pada semua aspek ekonomi, sosial dan budaya di semua pusat membeli belah & pasar.

Sebenarnya, perayaan tahun baru Cina atau Lunar menurut sejarahnya bermula dari tadisi masyarakat petani asli di negara China untuk menyambut datangnya musim bunga. Serentak itu, dengan penyebaran warga etnik Tionghua di berbagai penjuru, tradisi ini pun turut dibawa dan dirayakan di daerah perantauan mereka, termasuk di Indonesia dan Malaysia serta seluruh dunia, sejak ratusan tahun lalu.

Kami amat teruja menyaksikan tradisi dan seni budaya Tahun Baru Cina berbagai hiasan di pusat-pusat membeli belah, pasar-raya dan tempat-tempat umum yang dikunjungi oleh masyarakat tempatan dan pelancung-pelancung antarabangsa. Kesannya mempengaruhi kegiatan ekonomi, sosial dan budaya. Pentas senibudaya dan program potongan harga jualan (discount) turut menggerakkan bisnis.

Bagi para pengemar fotografi seperti isteri saya, Zarina, anak-anak kami, Izni Fauzan & Izni Farzana, dan cucu-cucu kami, Iffah Faizah & Ilfi Faqihah semarak perayaan Tahun Baru Cina menarik minat mereka merakam peristiwa indah semasa untuk diabadikan. Kemeriahan perayaan ini menyemarakkan suasana perhubungan masyarakat setempat dengan para pelawat antarabangsa yang datang berkunjung di Bandaraya Jakarta yang meminati acara seni dan budaya.

Kami perhatikan suasana penuh kegembiraan terpancar dari wajah anak-anak yang turut serta dalam persembahan nyanyian dan tarian traditional. Diharapkan semangat saling mengasihi dan kebersamaan yang diinspirasi oleh amalan perayaan ini dapat terus berkekalan.

Bagi para peminat kuliner masakan seperti keluarga saya, perayaan tahun baru Cina di Jakarta menawarkan berbagai pilihan hidangan tempatan yang halal dengan pelbagai kisah warisan turun-temurun hingga kepada hidangan masa kini yang inovatif dan modern. Lebih dari sekadar menjelajahi sekitar bandaraya Jakarta untuk menikmati cita-rasa kuliner, kami juga dapat merasakan detik kebersamaan yang mesra dengan kawan-kawan dan keluarga mereka yang lama tidak berjumpa. Semoga semangat setia-kawan ini akan berterusan.


Image from: Perayaan Tahun Baru Cina dihiasi seni budaya menjadi tradisi tahunan dirayakan bersama oleh warga di Indonesia #CNY2025

Submit any #CNY2025-related content for a chance to win grand prizes and claim up to RM6,888 from the Prosperity Pool! T&C apply. Find out how you can participate here.


Zulkifly Baharom adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.