“Perbanyakkan mesej perpaduan” – PMX Nasihat Trio Penyampai Radio Era FM

LocalPolitics
12 Mar 2025 • 11:12 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati tiga penyampai radio Era FM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jazmin, dan Radin Amir susulan dengan kontroversi baru-baru ini.

Nabil berkata, dia dan dua lagi rakan penyampai itu amat berbesar hati dengan nasihat dan harapan yang disampaikan Perdana Menteri itu, dan bertekad untuk merealisasikan harapan tersebut.

image is not available

“Kita ucap terima kasih banyak pada Datuk Seri Perdana Menteri kerana kesudian menjemput kami bertiga, dan bos kami (Priya Dharshini Prabakaran), untuk sama-sama berbuka puasa.”

“Kedua, beliau juga minta kami untuk sampaikan mesej perpaduan, perbanyakkan mesej, kita hidup dalam negara harmoni, pelbagai kaum, majmuk.”

Tambah Nabil pagi, PMX turut berpesan kepadanya agar perbanyakkan menitip mesej yang mengandungi elemen perpaduan dalam sebarang perbuatan dan percakapan.

Terdahulu, Perdana Menteri yang tiba di Angkasapuri Kuala Lumpur, untuk menyerikan majlis berkenaan, dilihat meluangkan masa di meja ketiga-tiga penyampai radio berkenaan dan berbual mesra, sambil memberi kata-kata semangat.

Sumber : Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.