
Kota Kinabalu: Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani berkata, gambaran orang asing yang pertama terhadap sesebuah negara itu ialah apa yang berlaku di pintu masuk negara berkenaan.
Katanya, hal ini berlaku apabila beliau sendiri datang ke negara asing, dan memberikan persepsi negatif sekiranya berhadapan layanan kurang memuaskan dan ada kalanya terpaksa beratur panjang untuk suatu tempoh yang lama kerana prosedur yang tidak mengikut arus perkembangan semasa serta berlaku kelemahan perkhidmatan dan birokrasi di pintu masuk sesebuah negara.
“Jika sekiranya hal ini juga berlaku di negara kita saya dapat membayangkan kesannya. Sebab itu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) Datuk Seri Tiong King Sing terpaksa turun padang sesuai kapasitinya sebagai menteri yang berkaitan di Lapangan terbang KLIA baru-baru ini.
“Sebagai aktivis budaya, penulis dan terlibat dalam penganjuran beberapa program di bawah Motac yang melibatkan peserta luar negara, saya fikir sesuatu perlu dilakukan, jika ada sesuatu yang tidak kena dengan urus tabir dan perkhidmatan kita di mana-mana pintu masuk negara,” katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Jasni mengulas mengenai tindakan menteri berkenaan berkaitan insiden kekecohan yang berlaku di lapangan terbang KLIA baru-baru ini. Jasni yang juga penerima Anugerah SEA Write Award 2015 berkata, tidak timbul siapa yang lebih besar dan siapa yang lebih berkuasa dalam hal ini, tetapi sekiranya berlaku ketirisan, kelemahan urus tadbir dan perkhidmatan maka, sesuatu mesti dilakukan untuk memperbetulkannya.
“Jumlah pelancongan ke negara kita semakin bertambah, jadi sesuatu mesti dilakukan supaya kita dapat memperkasakan industri pelancongan yang memberi impak yang besar dari segi ekonomi, dan menjadi salah satu punca pendapatan negara kita,” katanya. Pada waktu sama, kata Jasni, sebagai rakyat yang mahukan sistem urus tadbir yang bersih, dalam agensi kerajaan, apa juga amalan budaya kerja yang negatif, rasuah dan sebagainya, jika benar-benar berlaku, mesti disiasat dan dihentikan serta merta.
“Jangan tunggu ada tiupan semboyan dan berlaku sesuatu kes baru berhenti. Kita ada dasar dan prosedur dalam sistem perkhidmatan awam yang perlu dipatuhi dan wajar menjadi amalan kita bersama,” katanya.

