“Perbuatan Menindik Hidung Itu Adalah Haram..” – PU Syed Tegur Syarifah Aleya, Ingatkan Jangan Hanya Ikut Restu Suami & Ibu Bapa

LocalBeauty
26 May 2025 • 2:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pendakwah bebas, PU Syed tampil menegur pelakon dan penyampai radio iaitu Sharifah Aleya susulan tindakannya menindik hidung.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak tampil menjelaskan tentang hukum menindik hidung.

image is not available

Menurutnya, ada fatwa daripada jabatan mufti yang telah menghukumkan perbuatan tersebut sebagai haram.

Hukum ni boleh cari gi Google, bukanlah sekadar suami atau ayah setuju dan tak marah. Itu bukan isunya.

 

Perbuatan menindik hidung itu adalah haram, sebab termasuk dalam hukum tasyabuh iaitu menyerupai orang agama lain.

 

Bahkan, ada fatwa daripada jabatan mufti yang menghukumkan perbuatan menindik hidung adalah haram.

Dalam pada itu, PU Syed turut menasihati pelakon tersebut supaya mengutamakan larangan Islam meskipun perbuatannya itu mendapat keredaan suami dan ibu bapanya.

Majoriti orang Islam hanya menindik telinga, jadi cukuplah sekadar itu. Tak perlulah kita nak menindik hidung dan berhasrat pula nak tindik kening atau lidah.

 

Hasrat itu bukan masalah netizen kecam tapi pandangan Islam itu sendiri haram, maka jangan buat walaupun suami kita dan mak ayah reda. Maka kita letakkan larangan Islam itu sebagai keutamaan dalam sesuatu perkara yang kita mahu lakukan.

Sebelum ini, menerusi sebuah program bual bicara, pelakon itu berkata subang hidung yang dipakai hanyalah sekadar aksesori biasa yang sudah lama diidamkannya.

Dia turut berkongsi bahawa dia pernah menyimpan keinginan untuk bertindik di bahagian kening, bibir dan lidah namun dia melupakan keinginan tersebut selepas menyedari kesan serta pantang larang yang perlu ditanggung, termasuk memerlukan penjagaan rapi.

image is not available 4 hours ago

Rasa Selesa & Suka Gaya 'Piercing' Hidung, Sharifah Aleya Tak Kisah Dikecam - "Ia Hanya Tindik, Suami Saya Suka"