“Islam melarang walaupun suami reda – PU Syed Tegur Sharifah Aleya Tindik Hidung

Entertainment
26 May 2025 • 5:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perkongsian pelakon dan penyampai radio, Sharifah Aleya mengenai tindakannya menindik hidung telah mendapat teguran daripada pendakwah bebas, PU Syed.

Menerusi perkongsian PU Syed di laman Instagramnya, perbuatan tersebut adalah dilarang di dalam agama Islam kerana ia menyerupai agama lain (tasyabuh).

Perbuatan menindik hidung haram

Jelasnya, perbuatan menindik hidung adalah haram dan turut berkongsi fatwa yang dikeluarkan jabatan mufti.

“Hukum ini kita boleh buat carian dalam Google kalau kita tak tahu, bukanlah sekadar suami atau ayah setuju dan tak marah. Itu bukan isunya.

“Perbuatan menindik hidung adalah haram sebab termasuk dalam hukum tasyabuh iaitu menyerupai orang agama lain,” jelasnya.

image is not available

Meskipun mendapat restu suami atau ibu bapa, PU Syed turut menasihati agar mengutamakan larangan Islam.

“Majoriti orang Islam hanya menindik telinga, cukuplah sekadar itu. Tak perlulah kita nak menindik hidung dan berhasrat pula tindik kening atau lidah.

“Hasrat itu bukan masalah netizen kecam tetapi pandangan Islam sendiri haram, maka jangan buat walaupun suami dan mak ayah kita reda.

“Maka kita letakkan larangan Islam sebagai keutamaan dalam sesuatu perkara yang kita mahu lakukan,” katanya.

Terdahulu dalam sebuah program bual bicara, Aleya berkongsi mengenai penggayaan subang di bahagian hidung dan berharap perkara tersebut tidak diperbesarkan.

Dia juga berhasrat untuk menindik di bahagian kening dan bibir tetapi terpaksa melupakan kerana sedar akan kesan yang bakal dihadapi.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.