Percaya cara ajal dijemput telah ditentukan, Siti Kasim tak ‘goyah’ ancaman bom

26 Jul 2023 • 3:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Baru-baru ini, peguam dan aktivis negara, Siti Kasim telah memaklumkan yang terdapat objek seperti botol dipercayai bom telah diletakkan di bahagian belakang tayar keretanya.

Difahamkan, dia menyedari tentang ‘kehadiran’ botol mineral tersebut selepas menghantar kenderaannya ke bengkel kereta.

Unit Pemusnah Bom (UPB) juga telah mengesahkan bahawa objek berkenaan adalah bahan letupan dan telah menanggalkan botol-botol berkenaan dari kenderaan wanita berusia 60 tahun itu.

image is not available

Semua orang akan mati

Susulan daripada hal tersebut, memetik laporan dari Utusan Malaysia, pemilik nama sebenar Siti Zabedah Kasim akui tidak goyah dengan ancaman tersebut kerana percaya semua orang akan mati dan cara setiap orang dijemput ajal sudahpun tertulis.

“Saya tidak tahu (mahu cakap), kehidupan saya seperti biasa. Saya perlu sewa kereta sebab kereta saya tidak sempat selenggara.

“Saya rasa kehidupan saya tetap terus seperti biasa, tidak (cenderung untuk) upah pengawal peribadi. Saya rasa macam biasa, mahu fikirkan sangat (ancaman bom) bodohlah kan,” katanya.

image is not available

Langsung tak putus semangat

Ditanya sama ada dia putus semangat ataupun tidak untuk meneruskan perjuangan sebagai aktivis, Siti Kasim mengatakan yang perkara tersebut sama sekali tidak menggangunya kerana percaya tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Setakat yang saya fikirkan, apa yang saya buat selama ini bukan perkara memudaratkan. (Tetapi) semua orang mati, (jika) sudah tertulis saya mati dengan cara dibunuh orang, mahu buat macam mana, hidup perlu dite­ruskan,” katanya.

image is not available

Terdahulu, aktivis berkenaan menyedari tentang objek di bawah keretanya selepas menghantar ke bengkel bertujuan untuk membuat pemeriksaan kerana ingin ke Kota Bahru kerana mempunyai urusan.

Namun, ketika kereta di pusat servis di Jalan Maarof, Bangsar, objek dipercayai bom ditemui di bahagian belakang tayar kereta miliknya.

Sumber: Utusan Malaysia (Ahmad Fadhlullah Adnan)