Polis Buat Andaian Suspek Belajar Dari Internet, Buat Letupan & Letak Bawah Kereta Siti Kasim

Entertainment
25 Jul 2023 • 6:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak sebarang kemungkinan terhadap suspek yang memasang 2 botol plastik disyaki bahan letupan termampat (IED) dekat bawah kereta Siti Kasim pada Jumaat lepas, mempelajari teknik membuat bahan letupan itu menerusi Internet.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ramalan itu diperoleh hasil daripada soal siasat ke atas suspek kes letupan bungkusan di hadapan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya, Disember lepas yang mengaku mempelajari pembuatan IED di Internet, lapor Harian Metro.

image is not available

“PDRM masih menjalankan siasatan motif pemasangan IED (pada kenderaan Siti Kasim) itu, bila bahan itu dipasang dan siapa suspek yang terlibat kes berkenaan.”

Dalam perkembangan siasatan, beliau berkata bahawa pihak polis kini sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolah dari lokasi kejadian untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab dalam meletakkan bahan letupan berkenaan.

image is not available

Jumaat lepas, Siti Kasim ada membuat laporan polis berhubung penemuan dua botol plastik menyerupai bahan letupan di brek bahagian tayar belakang kereta jenis Toyota Celica milik peguam dan aktivis sosial itu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.