“Percaya Pada Allah, Lebih Baik Daripada Bersuara Untuk Dapatkan Validasi Manusia” – Ibu Aliff Aziz

15 Mar 2024 • 10:27 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu perkongsian Instagram Story daripada ibu pelakon Aliff Aziz, Hafiza Basharahil telah mencuri perhatian warga maya susulan daripada kontroversi yang menimpa anaknya itu.

Dalam perkongsian Instagram Story itu, Hafiza ada memuat naik beberapa ayat berbaur luahan hati di mana dia berpesan agar tidak sesekali berputus asa di saat diri diuji dengan masalah.

Tulisnya lagi, Allah sentiasa bersama hamba-hambanya dan manusia akan diuji dengan saat sukar dan senang.

Akan ada hari sukar dan senang, jangan berputus asa. Saat sukar itu tidak akan lama, dan anda akan melalui hari yang baik dengan izin-Nya.

Hafiza juga menulis bahawa berdoa adalah perkara terbaik untuk dilakukan sekiranya seseorang itu berdepan masalah.

image is not available image is not available

Berhenti berasa risau. Mulakan dengan berdoa dan anda akan merasakan nikmat damai ke atas anda. Yakinlah kepada Allah.

Ia adalah lebih baik daripada bercakap dengan orang tentang masalah anda untuk mendapatkan validasi manusia. Sentiasa berdoa kepada Allah di atas segala-galanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hours ago

Risteena 'Back Up' Ruhainies, Tunjuk Mesej WhatsApp Perbualan - "Siapa Kita Untuk Hukum Mereka"