
Semenjak kempen Blackout 2024 tular di media sosial ramai pihak yang menerima impak buruk daripada gerakan tersebut terutamanya selebriti dan pempengaruh di Malaysia yang mempromosikan jenama yang tak menyokong Palestin.
Belajar lepaskan
Salah seorang artis yang turut menyuarakan pandangan tentang hal ini adalah pelakon Elfira Loy yang berpendapat gerakan tersebut sepatutnya dilakukan oleh semua pihak termasuklah para artis.
Bukan itu sahaja, aktres ini turut berkata tidak sepatutnya wujud kenyataan daripada mana-mana pihak yang berkata rezeki yang diraih melalui promosi atau kerjasama bersama jenama atau produk yang menyokong Zionis itu merupakan rezeki Tuhan.
Jadi, dengan puak (Zionis) begini ke nak ambil mudah? Terang-terang ini Yahudi dan Allah SWT pun tak suka.
Kalau Allah tak suka, kenapa kita nak okey kan. Jika tahu rezeki itu datang daripada Allah, belajar untuk lepaskan. Percayalah Allah akan beri lebih baik.

Kesedaran boikot
Dalam pada itu, Elfira juga memberitahu gerakan memboikot yang dilakukan oleh netizen juga yang membuka matanya untuk turut melakukan hal yang sama. Tambah aktres ini, dia berharap orang ramai tidak akan teragak-agak untuk melakukan perkara yang betul.
Sekarang tentang boikot pun dah keliru nak buat atau tak. Nanti dajjal muncul, tidak tahulah tahap keliru macam mana.
Sebab dahulu ada orang cakap begini pada saya dan itu yang membuatkan mula sedar tentang kepentingan boikot.
View this post on Instagram
"Orang Kata Besar Periuk, Besarlah Keraknya.." - Awal Ashaari Nafi Tak Faham Hidup Susah, Pernah 'Struggle' Cari Rezeki
The post “Percayalah Allah Akan Bagi Lebih Baik..” – Elfira Loy Nasihat Artis Jangan Takut Hilang Rezeki first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


