‘Percepat bayaran penduduk terjejas projek Pan Borneo’

LocalPolitics
16 Aug 2026 • 11:19 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

‘Percepat bayaran penduduk terjejas projek Pan Borneo’

LAHAD DATU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Silam Datuk Dr Mohd Yusof Apdal menggesa Kerajaan Sabah mempercepatkan bayaran ex gratia kepada penduduk yang terjejas akibat projek Lebuhraya Pan Borneo.

Yusof, yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata beliau menerima banyak aduan daripada penduduk yang tinggal dalam kawasan rizab jalan di Silam.

Beliau berkata sesetengah penduduk menerima notis pada 13 Ogos supaya mengosongkan dan merobohkan rumah mereka.

“Saya amat tersentuh selepas menerima begitu banyak aduan daripada penduduk yang terjejas akibat projek Pan Borneo di kawasan Silam khususnya mereka yang tinggal dalam rizab jalan,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya.

Yusof berkata pembangunan sememangnya penting namun kebajikan penduduk yang terjejas akibat projek itu juga perlu diberikan perhatian sewajarnya.

Beliau berkata penduduk terbabit tidak menentang pembangunan, sebaliknya berharap mereka dilayan secara adil.

“Saya menggesa kerajaan negeri mempercepatkan bayaran ex gratia kepada semua penduduk yang terjejas. Jangan biarkan mereka kehilangan rumah tanpa bantuan sewajarnya kerana merekalah yang memberi kepercayaan kepada kerajaan sebagai pemerintah,” katanya.

Yusof berikrar akan terus membangkitkan perkara itu sehingga bayaran ex gratia dibuat kepada semua penduduk yang layak.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved